Tuesday 29 April 2014



Kelapa MATAG (Cocos nucifera 'Matag') merupakan kultivar kelapa yang disyorkan untuk tanaman di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia.[1] Kelapa ialah dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae merupakan tumbuhan pelbagai guna dari bahagian batang, daun, dan buahnya iaitu sabut, air kelapa, tempurung dan isinya oleh manusia terutama di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Sebut sahaja kelapa maka akan terbayang pokok yang tumbuh menegak tanpa cabang dengan daun yang banyak jejari dan lazimnya ditanam di kawasan tanah persisir pantai.
Di Malaysia terdapat beberapa varieti kelapa yang tumbuh sendiri atau ditanam secara komersil semenjak dahulu yang dikenali dengan varieti 'Malayan Tall'. Terdapat seluas 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak 527,650 metrik tan yang bernilai sekitar RM 264 juta. Walaupun keluasan tanaman kelapa telah berkurang daripada 121,011 hektar pada tahun 2005 (kurang hampir 10,000 hektar), tetapi pengeluaran kelapa masih ditahap memuaskan dari 538,807 mt kepada 527,650 sahaja. Ini kerana penanaman kelapa matag dipercayai meningkatkan hasil pengeluaran setiap hektar.
Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'.[2]Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa. Kebanyakan mereka mananam kelapa varieti 'Malayan Tall' yang telah tua dan tidak produktif lagi dengan penghasilan yang sangat rendah. Seramai lebih 80,000 petani dilaporkan terlibat dengan penanaman kelapa pada 2010 dengan keluasan mencapai 110,000 hektar terutama di beberapa kawasan seperti di Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka kini telah mula mengubah tanaman kelapa kepada tanaman lain seperti kelapa sawit dan dusun campuran kerana jaminan pendapatan yang lebih elok berbanding kelapa sahaja. Bagaimanapun pengenalan varieti kelapa 'Matag' telah membantu mengekalkan penanaman kelapa di sini kerana permintaan kelapa yang terus meningkat.kelapa matag

2 comments:

  1. ▷ Casino site review 2021 + bonus codes | Lucky Club
    Read our luckyclub comprehensive review of the top casino site offering real money slots, table games, live dealer games, poker, bingo,

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    HARRAH'S CHEROKEE CASINO RESORT in 여수 출장샵 Cherokee, NC, USA at 1 777 Casino 울산광역 출장샵 Center Dr. 38664 구미 출장마사지 US. Find reviews and discounts for 의왕 출장안마 AAA/AARP 울산광역 출장마사지 members, seniors,

    ReplyDelete